Di pasaran tidak terdapat banyak peranti yang hanya menggunakan satu kamera utama. Google amat mempercayai kemampuan perisian kamera mereka dan teguh dengan pendirian menggunakan satu kamera utama pada Pixel 3 dan Pixel 3 XL tahun ini. DXOMark telah mengumumkan keputusan ujian mereka semalam dan markah yang dicatatkan adalah sama seperti iPhone XR.
Mereka memberikan 105 markah untuk kemampuan mengambil gambar dan 98 markah untuk kemampuan merakam video. Sebagai perbandingan iPhone XR mencatatkan 103 markah untuk gambar dan 96 markah untuk video.
Pujian diberikan pada keterangan dan keperincian objek di dalam gambar yang diambil. Video juga terang dengan hingar yang rendah. Namun begitu ia kadang kala mengambil gambar pada dedahan rendah dan kesan jello apabila merakam video.