Carian
Huawei P30 Versi Biasa Dijangka Hadir Dengan Tri-Kamera 40-megapixel Dengan Zoom 5-kali
December 22, 2018 Aman

Dengan tahun 2019 menjelang tiba, kini info awal untuk beberapa telefon pintar mercu mula kedengaran. Selain Samsung dengan Galaxy S10, Huawei pula dinantikan dengan telefon Huawei P30 mereka.

Terkini, menurut @evleaks, Huawei dikatakan sekali lagi akan memfokuskan kepada keupayaan rakaman gambar melalui telefon pintar Huawei P30 mereka.

Huawei P30 versi biasa sendiri dikatakan akan menyertakan tri-kamera belakang dengan salah satu lensa menawarkan sensor 40-megapixel. Menariknya, ia dikatakan mungkin akan turut menawarkan keupayaan rakaman zoom sehingga 5 kali dengan rakaman yang jelas.

Dengan keupayaan versi biasa sendiri sedemikian, semestinya ramai turut akan menantikan kejutan yang bakal disertakan pada Huawei P30 Pro kelak.

Komen