Cari @ Amanz

Xioami melancarkan komputer riba terbaru mereka iaitu Mi Notebook Air 12.5″. Ia adalah komputer riba kelas permulaan yang dijana cip Intel Core i5 atau M3 dengan memori hanya sebesar 4GB RAM LPDDR3 1866MHz dan storan SSD sehingga 256 GB SATA.

Skrin sebesar 12.5″ dengan resolusi HD penuh turut disertakan dengan bateri sebesar 37Wh. Kamera web yang digunakan pula mempunyai resolusi 1-Megapixel. Terdapat satu port USB-C Thunderbolt 3, satu USB-A 3.1 dan satu port HDMI bersaiz besar.

Papan kekunci mempunyai sokongan lampu manakala pad sesentuh mempunyai panel yang diperbuat daripada kaca. Kesemua ini dimuatkan ke dalam tubuh setebal 12.5mm dengan berat 1.07 Kg, Di China Xiaomi Mi Notebook Air 12.5″ dijual pada harga bermula dari RMB 3599 (~RM 2179) dengan sistem operasi Windows 10 Home Edition.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd