Carian
Twitter Akan Mula Mengubah Beberapa Gambar Berformat PNG Ke JPEG Bermula Februari 2019
December 22, 2018 Aman

Twitter kini berkongsi pengumuman berkaitan bagaimana platform mereka akan menyokong gambar berformat PNG bermula 11 Februari 2019 kelak.

Twitter mengatakan langkah ini diambil kerana gambar berformat PNG kadang-kala tidak konsisten berbanding JPEG – dan ada kalanya gambar PNG bersaiz besar yang membawa kepada masa pemuatan yang lebih lama, atau penggunaan data lebih tinggi.

Bermula 11 Februari kelak, semua gambar JPEG dan WebP yang dimuat-naik akan diubah kepada 85% berkualiti JFIF, sementara untuk PNG ia akan mengambil-kira kadar kedalaman pewarnaan sebelum memilih bagaimana ia akan diubah. Twitter mengatakan gambar dengan pewarnaan PNG-24 dan PNG-32 akan diuji terlebih dahulu sama ada akan kekal sebagai PNG atau diubah kepada JPG. Sementara gambar berformat PNG-8 pula akan sentiasa kekal sebagai PNG-8 dan tidak diubah.

Twitter turut mengatakan beberapa gambar PNG dengan latar belakang lutsinar akan yang diubah kepada bentuk JPEG akan menggunakan warna latar putih secara automatik.

Komen