Ini Adalah Bila Peranti Huawei Anda Akan Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie

Ini Adalah Bila Peranti Huawei Anda Akan Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie

Diterbitkan pada Dis 22, 2018 oleh .

Huawei Malaysia kini telah pun secara rasminya mengumumkan bilakah telefon pintar Huawei keluaran mereka akan menerima kemaskini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie untuk pengguna tempatan. Pengumuman ini hadir lanjutan daripada pengenalan Android 9.0 Pie untuk pengguna Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro untuk pengguna tempatan baru-baru ini.

Berikut merupakan tarikh pengenalan kemaskini EMUI 9.0 yang disasarkan oleh Huawei Malaysia untuk pengguna tempatan:
Huawei P20 dan P20 Pro – Disember 2018
Huawei Nova 3 dan Nova 3i – Januari 2019
Huawei Mate 9 Pro dan Mate 9 – Mac 2019
Huawei P10 dan P10 Plus – Mac 2019

Kemaskini baru ini menawarkan sejumlah perkara baru, termasuk kawalan berasaskan gesture, pengoptimasian penggunaan bateri, kawalan pencahayaan skrin automatik, panel khas untuk kawalan penggunaan, dan juga GPU Turbo 2.0 untuk permainan video lebih baik.

Bagi anda yang menggunakan peranti Huawei, boleh nantikan tarikh berkenaan untuk menikmati ciri baru pada peranti anda.


TIPS & ULASAN