Cari @ Amanz

Kercerdasan buatan kini digunakan untuk meramal trafik ketika musim perayaan, trend saham dan membantu proses menangkap gambar pada peranti. Terdapat banyak kajian lain dilakukan ke atas kecerdasan buatan dan antara cabang menarik ialah generative adversarial network (GAN).

NVIDIA telah menerbitkan kajian GAN terkini mereka dalam penghasilan imej pengolokan yang kelihatan asli. Kesemua wajah yang anda lihat di atas dihasilkan oleh sistem GAN NVIDIA berasaskan wajah manusia sebenar. Ia kelihatan seperti imej asli sehingga sukar dibezakan dari imej asal.

Sistem kecerdasan buatan ini mengesan tiga “gaya” pada gambar, Gaya pertama adalah seperti rambut dan bentuk muka. Gaya kedua ialah bentuk mata dan wajah. Gaya ketiga dan terakhir ialah tema warna. Imej asal kemudian digubah menggunakan “gaya” dari imej sekunder bagi menghasilkan imej pengolokan yang menggabungkan kedua-dua elemen imej.

Kemampuan sistem ini tidak terhad kepada pengolokan wajah manusia malah boleh digunakan pada haiwan, kenderaan dan rekaan dalaman rumah. Bagi yang berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai kertas kajian GAN ini, sila klik pada pautan sumber di bawah,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd