Nampaknya, Huawei dan Honor kini telah mula bergiat aktif dalam memperkenalkan kemaskini sistem operasi Android terkini untuk peranti mereka. Huawei telah pun sedia mengumumkan senarai peranti yang akan menerima kemaskini, sementara kini Honor telah mula menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk Honor 10.
Kemaskini ini hadir secara berperingkat kepada semua pengguna tempatan – selepas kemaskini sama diperkenalkan untuk Honor View 10 sebelum ini.
Melalui kemaskini terbaru ini, ia menawarkan sokongan gesture serba baru, pengoptimasian penggunaan bateri dan kawalan pencahayaan skrin secara pintar, sokongan GPU Turbo 2.0 dan pelbagai ciri baru lain.
Bagi anda yang menggunakan peranti Honor, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan menikmati ciri baru yang dibawakan oleh Honor untuk pengguna peranti Honor 10 ini.