Cari @ Amanz

Razer Mengumumkan Mereka Akan Membuka Ibu Pejabat Di Singapura Pada Tahun 2020 Kelak

Oleh Nazrin

Link Copied!

Bagi mereka yang tidak mengetahui, Razer ialah sebuah syarikat aksesori dan peranti teknologi yang mempunyai asal-usul dari Singapura. Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka ibu pejabat mereka di negara tersebut.

Tan Ming-Lian, CEO Razer memberitahu bahawa ibu pejabat tersebut, yang akan dibuka di One-North Singapore, akan menjadi sebuah hab teknologi dan media dimana Razer akan menyelidik dan membangunkan peranti dan perkhidmatan baru seperti Razer Pay dan Razer Silver.

Ibu pejabat ini dijangka akan dibuka pada tahun 2020 kelak, dan dikatakan ialah sebuah bangunan tujuh tingkat dengan kawasan seluas 19300 meter persegi. Dalam pada itu, bangunan ini dikatakan akan direka dengan DNA Razer, dan akan dilihat sebagai sebuah bangunan lain dari yang lain.


Komen ()