Xiaomi sedia mempunyai beberapa aplikasi yang ditawarkan kepada pengguna untuk dipasang pada peranti mereka terus melalui Google Play Store. Kini, menambah penawaran mereka, Xiaomi hadir dengan sebuah pelayar web baru yang dinamakan sebagai Mint Browser untuk Android.
Mint Browser dilihat memfokuskan kepada penawaran saiz yang kecil, sekaligus menggunakan storan dan memori yang rendah. Ia turut menawarkan fungsi pemampatan data untuk menjimatkan penggunaan data, sokongan pelayaran web bertab, ciri carian berasaskan suara, mod tema gelap, selain kebolehan menghalang iklan yang menganggu.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba pelayar web serba baru, mungkin boleh mencuba Mint Browser ini hari ini pada peranti Android anda.