Microsoft Mungkin Akan Melancarkan Peranti Webcam Dengan Sokongan Resolusi 4K Pada 2019

Microsoft Mungkin Akan Melancarkan Peranti Webcam Dengan Sokongan Resolusi 4K Pada 2019

Diterbitkan pada Dis 24, 2018 oleh .

Pada awal tahun 2000-an, selain daripada sistem operasi Windows, Microsoft juga cukup terkenal dengan aksesori-aksesori komputer mereka, termasuklah papan kekunci, tetikus dan juga kamera webcam.

Laman web Thurrot, yang dikenali untuk berita dalaman mengenai Microsoft telah melaporkan bahawa Microsoft sedang merancang untuk mengumumkan kehadiran siri kamera webcam yang mampu menyokong resolusi rakaman video setinggi 4K pada tahun hadapan.

Ura-ura menyatakan bahawa kamera webcam terbaru daripada Microsoft ini bukan sahaja boleh digunakan oleh komputer dengan sistem operasi Windows 10, tetapi juga konsol permainan video Xbox One.

Dari segi sambungan, laptop ini dikatakan hadir dengan sokongan untuk sambungan USB Type-C, dan akan mampu menghantar sejumlah data besar pada bila-bila masa sahaja ia diperlukan, terutamanya jika pengguna ingin menstrim video pada resolusi tinggi.

Apa yang menarik mengenai kamera ini, jika ia adalabenar ialah pengguna tidak perlu lagi membeli aksesori kamera berasingan, terutamanya jikapengguna mahu menggunakan kamera dengan konsol Xbox One mereka. Buat masa ini,pihak Microsoft masih belum mengesahkan bilakah mereka akan melancarkan webcam ini.


TIPS & ULASAN