Cari @ Amanz

Gambar Sebesar 195 Gigapixel Ini Memberikan Pemandangan Panorama Lengkap Kota Raya Shanghai

Link Copied!

Shanghai ialah kota raya metropolis yang menjadi pusat ekonomi negara China. Ia turut mempunyai beberapa menara yang disenaraikan sebagai antara yang tertinggi di dunia. Di mercu menara Oriental Pearl Radio & Television yang terkenal dengan rekaan bebolanya, sebuah kamera telah dipasang oleh syarikat Bigpixel Studio bagi memberikan pemandangan yang lengkap. Menariknya di sini ialah gambar panorama 360 darjah yang diambil adalah bersaiz 195 Gigapixel.

Menerusi pelayar web, pengguna boleh melakukan zoom masuk bagi melihat objek dengan lebih dekat yang sebelum ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. BigPixel mengambil masa dua bulan untuk mencantumkan ribuan gambar yang menghasilkan panorama ini. Pada tahun 2014 mereka menghasilkan pemandangan panorama yang sama tetapi hanya pada resolusi 24.9 Gigapixel. Kepada yang mungkin tertanya-tanya, 195 Gigapixel adalah bersamaan dengan 16250000 kali ganda lebih besar berbanding saiz gambar yang diambil sebuah iPhone.

Selain Shanghai, Bigpixel turut menawarkan pemandangan 360 darjah lokasi lain seperti Shenzen, Lhasa, Istana Kota Terlarang, Medan Tiananmen, Hong Kong, Macao, Pula Phi Phi Thailanda dan Pyongyang.


Komen ()