Carian
Sumber Kod Kamera Chrome OS Kini Terbuka – GCam Untuk Chrome OS Semakin Hampir?
December 24, 2018 Fahim Zahar

Google Camera atau versi yang diport GCam adalah antara aplikasi kamera yang terbaik yang pernah wujud. Ini kerana dengan satu lensa sahaja, bokeh yang dihasilkan adalah menakjubkan. Kehebatan Google Camera ini membuatkan Google menambah sokongan mod bokeh pada aplikasi kamera mereka untuk Chromebook. Sumber kod Android atau Chrome OS adalah sumber kod yang percuma dan terbuka untuk awam. Tetapi untuk Chrome OS, sumber kod aplikasi mereka kekal tertutup sehinggalah hari ini.

Google akhirnya menambah kod aplikasi kamera Chrome OS pada sumber kod terbuka repositori Chromium. Perkara ini disedari apabila satu judul pada Chromium GerritPut CCA code base into chromium‘ tersenarai. CCA adalah Chromium Camera App. Perkara ini dilakukan kerana, Google ingin menambahbaik aplikasi kamera Chrome OS mereka. Melalui sumber kod CCA yang kini terbuka, ia memberi peluang kepada para pembangun hasilkan aplikasi kamera Chromebook mereka dan turut membantu Google menambahnaik CCA.

Jadi, tidak lama lagi tidak hairan jika Chromebook kelak akan mempunyai aplikasi kamera yang hampir sama dengan GCam.

Komen