Carian
LG
LG Mengumumkan CineBeam Laser 4K Generasi Kedua – 90 Inci Dengan Jarak Lontaran Pendek
December 24, 2018 Fahim Zahar

Projektor dengan pancaran jarak lontaran pendek bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi ia adalah satu teknologi yang mampu memancar projektor pada jarak yang sangat dekat dengan skrin. Terbaru adalah daripada LG dengan LG Projector HU85L, sebuah projektor CineBeam Laser 4K generasi kedua.

Projektor CineBeam Laser 4K ini terkenal dengan resolusi 4K yang terang, cantik dan berkualiti. Melalui model terbaru yang diumumkan, HU85L – ia mampu memancarkan saiz resolusi 90-inci melalui jarak lontaran pendek. Ini bermakna, projektor hanya berada beberapa inci dengan dinding atau skrin dan saiz sebesar 90-inci 4K boleh dipancarkan. Pengguna turut boleh tetapkan jarak pada 7-inci untuk saiz pancaran sehingga 120-inci.

Maklumat penuh mengenai projektor ini hanya akan diumumkan pada acara CES 2019 kelak. Tetapi apa yang pasti, ia akan menawarkan tahap kecerahan sehingga 2500 ANSI lumens, resolusi 4K UHD, port USB/Ethernet/HDMI dan pelbagai lagi port sambungan lain. Menarik sekali, projektor ini turut akan menyokong sistem pintar ThinQ AI untuk tujuan kawalan suara, cadangan rancangan untuk ditonton dan juga aplikasi-aplikasi penstriman.

Komen