Cari @ Amanz

NVIDIA dikatakan bakal mengumumkan kehadiran kad grafik siri RTX Max-Q di acara CES 2019 tidak lama lagi, dan akan menunjukkan kebolehan NVIDiA GeForce RTX 2070 Max-Q di acara CES 2019 tidak lama lagi.

Baru-baru ini, butiran penanda aras kad grafik RTX 2070 Max-Q telah tertiris ke arena internet. Butiran penanda aras yang tertiris tersebut ialah Final Fantasy XV, dan ia menunjukkan bahawa kad grafik tersebut mempunyai kemampuan grafik yang sangat berkuasa.

Skor penanda-aras tersebut, yang ditemui oleh TUM APISAK, menunjukkan RTX 2070 Max-Q hadir dengan skor 3080, jauh lebih tinggi daripada skor daripada kad-kad grafik premium generasi lalu seperti NVIDIA GTX 1080 dan AMD Radeon RX Vega 64.

Kad grafik NVIDIA RTX 2070 Max-Q ini dikatakan hadir dengan 2304 teras CUDA dan kelajuan GPU 1300MHz. Sama seperti kad grafik RTX 2070 untuk komputer desktop, kad grafik versi Max-Q ini juga akan hadir dengan memori GDDR6 sebanyak 8GB.

Kita akan dapat melihat butiran dan kemampuan sebenar kad grafik Max-Q terbaru NVIDIA tidak lama lagi, dan ia adalah cukup menarik untuk mellihat kemampuan seperti Ray Tracing dam Deep Learning Super Sampling di dalam sebuah laptop.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd