Cari @ Amanz

Vivo Malaysia kini telah mula menawarkan pra-tempahan untuk Vivo Y95 untuk pasaran tempatan, membolehkan pengguna yang berminat untuk membuat pra-tempahan pada harga RM899 (harga jualan rasmi adalah RM999 di Malaysia).

Vivo Y95

Vivo Y95 hadir dengan skrin 6.22-inci bertakuk, dijana Snapdragon 439, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Menjadi fokus untuk telefon pintar ini adalah kamera swafoto 20-megapixel yang turut hadir dengan sokongan kecerdasan pintar untuk mencantikkan rakaman. Ia turut dilengkapi bateri 4030mAh. Untuk rakaman gambar belakang, ia menggunakan kamera 13MP + 2MP.

Telefon pintar ini akan berharga RM999 di Malaysia, tetapi untuk pra-tempahan ini ia ditawarkan dengan kod diskaun RM100, sekaligus menjadikan Vivo Y95 ini berharga RM899.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd