Cari @ Amanz

Trend pengeluar untuk hadir dengan telefon pintar skrin nirbingkai penuh semakin menjadi-jadi. Setiap rekaan telefon pintar ini pasti ada pengorbanannya, ada kebaikannya atau juga ada kecacatannya. Kita sudah lihat Oppo dengan telefon pintar yang kameranya boleh luncur, Vivo dengan kamera swafoto ternaik sendiri dan Samsung dengan skrin berlubang – tetapi bagaimana dengan pengeluar lain?

Asus dilihat adalah pengeluar tersebut. Mereka dikatakan akan hadir dengan dua jenis peranti berbeza, satu dengan skrin berlubang dan satu lagi dengan rekaan kamera ternaik sendiri. Kedua-dua peranti Asus ini telah pun didaftarkan patennya beberapa hari yang lepas. Seperti yang kita sudah tahu, Asus akan lebih fokus kepada telefon pintar untuk permua dan pengguna mahir – tetapi bagaimana rekaan telefon pintar sebegini akan bantu? Adakah kerana ia mempunyai rekaan skrin nirbingkai penuh?

Kita mungkin hanya akan lihat kehadiran peranti ini bermula tahun hadapan. Jika benar fokus Asus adalah terhadap permua, adakah mereka akan fokus sepenuhnya dengan cip pemproses peranti mercu seperti Snapdragon 855 untuk kedua-dua peranti? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd