Xiaomi hari ini telah pun memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaru dibawah mereka, iaitu Xiaomi Play. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin bertakuk kecil, selain turut menyertakan cip MediaTek Helio P35 bersama-sama dengannya.
Dari segi spesifikasi, Xiaomi Play hadir dengan skrin 5.84-inci pada resolusi HD+ penuh, dijana cip Helio P35, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 2MP, sementara kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.
Xiaomi menyertakan rekaan kerangka belakang yang agak cantik bersama-sama dengannya, selain pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Di China, Xiaomi turut menyertakan data internet percuma untuk para pembeli menggunakan telefon pintar berkenaan.
Di China, ia dijual pada harga bermula RMB1099, iaitu sekitar RM666.