Swarm Technologies ialah sebuah syarikat startup yang ingin melancarkan 100 buah satelit kecil di seluruh dunia untuk memancarkan sambungan Internet supaya semua orang boleh menggunakan Internet dengan murah.
Pada awal tahun ini, syarikat tersebut telah melancarkan empat buah satelit tersebut yang dinamakan SpaceBEE tanpa kebenaran pihak FCC (Federal Communications Commission).
FCC tidak memberi kebenaran pelancaran kepada Swarm Technologies kerana mereka risau mengenai spektrum sambungan dari pejabat ke satelit-satelit mereka, dan juga saiz satelit kecil yang menyebabkannya sukar untuk dikesan sebelum mereka berlanggar dengan satelit-satelit yang lain.
Selepas pelancaran empat buah satelit tersebut, pihak FCC telah bertindak untuk menyaman Swarm Technologies sebanyak $900,000 (RM3.6 juta) dan telah mengarahkan syarikat tersebut untuk menghantar laporan mengenai semua pelancaran satelit yang mereka ingin lakukan sepanjang tiga tahun akan datang.
Kesemua lap0ran-laporan tersebut juga perlu mengandungi butiran mengenai roket-roket yang akan membawa satelit-satelit tersebut, waktu dan lokasi pelancaran dan juga orang yang bertanggungjawab untuk pelancaran-pelancaran tersebut.