Cari @ Amanz

Minggu lalu, Vivo telah menawarkan sejumlah penawaran untuk peranti pintar Vivo Y81i dan Y85. Terkini, Vivo hadir dengan kejutan bersempena pembukaan kedai konsep terbaru mereka di Sunway Pyramid pada 30 Disember 2018. Pelbagai diskaun dan hadiah ditawarkan kepada pengguna atas setiap pembelian telefon pintar Vivo terpilih.

Menurut Vivo, pengguna boleh membeli beberapa peranti Vivo terpilih di kedai konsep tersebut dan menerima tawaran bernilai sehingga RM666. Antara telefon pintar yang terplih adalah termasuk Vivo siri V11, NEX, Y81 dan Y91i. Bagi setiap pembelian siri Vivo V11, Vivo telah menyediakan mesin pencetak Canon untuk 100 pembeli pertama, beg bagasi di atas pembelian Vivo Nex serta penawaran set fon telinga beserta maskot speaker Vivo bagi Vivo Y81 dan Y91i. Selain itu, Vivo turut menawarkan pelindung skrin selama 1 tahun, poskad duta Vivo dan keahlian rasmi Vivo.

Menariknya, Vivo turut mengadakan cabutan bertuah kepada 200 pengunjung pertama kedai konsep Vivo pada pukul 2 petang dan 8 malam, yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM399 kepada pemenang. Pada hari yang sama juga, diskaun sehingga 50% untuk semua aksesori Vivo dan 0% faedah untuk pelan pembayaran ansuran di atas pembelian peranti Vivo. Pengguna juga berpeluang untuk menikmati beberapa hadiah menarik untuk perkongsian berkenaan pembukaan besar-besaran kedai konsep rasmi ini di laman sosial pengguna.

Dengan kemeriahan pembukaan kedai konsep Vivo pada 30 Disember ini, pastinya pengguna berasa teruja untuk berbelanja sekaligus memiliki pelbagai kejutan dan hadiah yang menarik diatas setiap pembelian peranti Vivo terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di  Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd