Tahun ini Xiaomi memegang rekod dunia untuk paling banyak kedai dibuka serentak. Sebanyak 500 kedai dibuka serentak di India pada bulan November lalu. Mereka kini memegang sebuah lagi rekod dunia yang diiktiraf oleh Guinness untuk mozek video yang menggunakan telefon pintar terbanyak.
Sebuah pokok Krismas yang paparan video dihasilkan menggunakan 1008 telefon pintar terkini mereka Xiaomi Play di China. Pokok Krismas setinggi 8 meter ini turut menjadi hotspot yang membekalkan Internet percuma kepada pengunjung berdekatan.
Xiaomi telah memintas rekod dunia yang sebelum ini dipegang oleh Vestel yang menggunakan 504 telefon pintar Vestel Venus V3 5570 untuk memaparkan mozek video ketika acara MWC 2017.