Cari @ Amanz

Xiaomi Play dilancarkan dua hari yang lalu dengan cip MediaTek Helio P35. Ini ialah cip yang tidak diumumkan sebelum ini walaupun ura-ura kewujudannya mula didengari sejak 2016. Ia sebuah pemproses kelas pertengahan yang dihasilkan menggunakan teknologi 12nm yang bersaing secara terus dengan pemproses Snapdragon 630.

Dari segi spesifikasi Helio P35 dilengkapi cip ARM Cortex-A53 lapan teras pada kelajuan 2.3 GHz, cip grafik IMG PowerVR GE8320, menyokong memori sehingga 6GB dan storan eMMC 5,1, Sensor kamera yang disokong ialah 13+13 Megapixel atau 25-Megapixel. Mod rakaman video yang disokong pula hanya sehingga 1080P 30FPS.

Kemampuan kecerdasannya juga terhad kepada sistem nyahkunci menggunakan wajah. Sokongan rangkaian selular pula ialah dwi SIM 4G. VoLTE dan ViLTE serta tambatan sistem bluetooth 5.0. Akhir sekali ia turut menyokong sistem GPS, Glonass, Beidou dan Galileo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd