Cari @ Amanz

Huawei Mate 20 Pro Dan Nova 4 Edisi Khas Dilancarkan Bagi Menyambut Kejayaan Mengeluarkan 200 Juta Peranti

Link Copied!

Awal minggu ini Huawei mencapai sasaran mengeluarkan 200 juta peranti sepanjang 2018. Ini meletakkan mereka di tangga kedua sebagai pengeluar peranti terbesar di dunia dan melangkaui 158 juta peranti yang dikeluarkan sepanjang 2017. Bagi menyambut kejayaan ini, Mate 20 Pro dan Nova 4 edisi khas akan dijual pada 1 Januari ini.

Pengumuman edisi khas ini dilakukan oleh He Gang yang merupakan presiden perniagaan peranti mudah alih Huawei menerusi laman Weibo beliau semalam. Huawei Mate 20 Pro edisi khas hadir dalam warna hijau dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan 256GB. Huawei Nova 4 edisi khas pula hadir dalam warna merah dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Kedua-dua peranti turut mempunyai logo khas memperingati pengeluaran 200 juta peranti pada bahagian belakang. Besar kemungkinan versi ini hanya akan dijual di China sahaja.


Komen ()