Cari @ Amanz

OnePlus kini telah pun mula menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie terkini untuk telefon pintar keluaran tahun lepas mereka, iaitu OnePlus 5 dan juga OnePlus 5T. Seperti ramai sedia maklum, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

OnePlus 5 Pie

Antaranya adalah antaramuka yang serba baru, sokongan integrasi pembelajaran mesin dalam menawarkan pengoptimasian bateri dan pencahayaan skrin, selain penambahan Gaming Mode 3.0, serta integrasi Google Lens pada kamera.

Bagi pengguna OnePlus 5T juga, anda turut ditawarkan dengan sokongan navigasi berasaskan gesture yang baru – sekaligus membawa kepada kaedah interaksi dan kawalan peranti yang serba baru.

Sekiranya anda menggunakan OnePlus 5 dan OnePlus 5T, anda akan menerima notifikasi kemaskini ini bermula daripada hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd