Cari @ Amanz

Instagram merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian gambar dan video yang sangat popular dikalangan pengguna seluruh dunia. Dengan angka pengguna yang aktif, semestinya anda ingin mengetahui apakah gambar anda yang popular sepanjang 2018 ini.

Instagram Most Like 2018

Untuk tujuan berkenaan, kini sebuah laman pihak ketiga disediakan – membolehkan anda hanya memasukkan nama pengguna akaun Instagram anda, dan ia akan menjananya secara automatik.

Gambar yang dijana berkenaan adalah berbentuk kolaj dengan menyertakan sebanyak 9 buah gambar daripada profil anda menggunakan angka Like tertinggi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd