Cari @ Amanz

Google Membuang Butiran Mengenai 2 Tahun Kemaskini Android One

Link Copied!

Android One adalah sistem operasi Android yang hampir dengan Android asli yang digunakan pada peranti Pixel. Cuma, Android One digunakan pada peranti Android yang bukan pixel – lebih-lebih lagi peranti kelas pertengahan. Melalui Android One, Google memberi peluang kepada pengguna yang tidak berpeluang menggunakan Pixel merasai pengalaman menggunakan peranti yang menjalankan Android ‘asli’.

Kesemua butiran mengenai Android One terdapat pada laman web Android. Antara butiran tersebut adalah kemaskini sehingga 2 tahun, sistem operasi dengan perkhidmatan Google, Google Photos, Google Assistant, rekaan antaramuka, sekuriti dan banyak lagi. Android One sepatutnya sama dengan Android asli pada Pixel, di mana kemaskininya adalah 2 tahun kemaskini sistem operasi dan 3 tahun kemaskini tampalan sekuriti bulanan. Tetapi, terkini pada laman Android tersebut – butiran mengenai kemaskini ini telah dibuang. Tiada lagi bahagian khas mengenai kemaskini di laman web tersebut.

Apakah makna semua ini? Adakah Google akan tinggalkan Android One? Adakah Google tidak lagi menjaga kemaskini Android One dan hanya bergantung kepada pengeluar? Tiada kenyataan rasmi lagi mengenai perkara ini. Tetapi peranti-peranti Android One kebanyakannya memang lambat untuk terima kemaskini bulanan atau kemaskini Android Pie.


Komen ()