Cari @ Amanz

Produk-produk Google dari Made by Google adalah produk seperti peranti Pixel, pembesar suara pintar, paparan pintar, aksesori-aksesori rumah pintar dan juga beberapa sistem keselamatan. Produk-produk ini adalah produk kedua untuk Google menjana pendapatan selain daripada perkhidmatan Google seperti Google Play atau bahagian Google Cloud.

Minggu lepas, analisa daripada bank menjangkakan Google akan menjana lebih kurang $3 Bilion (~RM12.5 Bilion) keuntungan daripada $8.8 Bilion pendapatan. $1.78 Bilion (~RM7.4 Bilion) daripada keuntungan itu adalah daripada peranti Pixel, $847 Juta (~RM3.5 Bilion) pula adalah daripada produk-produk Google Home, produk-produk Nest adalah $245 Juta (~RM1 Bilion) dan Chromecast-Chromecast yang dijual Google mencecah $110 Juta (~RM459 Juta).

Kemudian menurut RBC Capital Markets, menjelang tahun 2021 – Made by Google akan menjana pendapatan sehingga $19.5 Bilion dan daripada pendapatan tersebut $6 Bilion adalah keuntungan. Bermula tahun hadapan, produk=produk Google Home akan mendahului peranti Pixel – tetapi Pixel, termasuk Pixelbook atau Pixel Slate akan kekal menajna keuntungan kasar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd