Kumpulan JOLED Mengumumkan Bahawa Paparan OLED Untuk Pasaran Komputer Akan Hadir Pada 2019

Kumpulan JOLED Mengumumkan Bahawa Paparan OLED Untuk Pasaran Komputer Akan Hadir Pada 2019

Diterbitkan pada Dis 26, 2018 oleh .

Paparan OLED biasanya digunakan oleh pengeluar televisyen kerana ia hadir dengan kualiti gambar yang terbaik berbanding dengan panel-panel paparan lain yang ada di pasaran.

JOLED, sebuah kumpulan paparan Jepun yang terdiri daripada Sony dan Panasonic telah mengumumkan bahawa mereka akan mula membina paparan skrin untuk komputer bermula tahun 2019 kelak.

Paparan skrin OLED ini pada mulanya akan hadir pada saiz 21.6 inci pada resolusi Full HD 1920×1080 pixel, dan akan mempunyai sela-masa serendah 0.1ms. JOLED kemudiannya akan mula membina paparan beresolusi 4K pada saiz yang sama kemudian pada tahun yang sama.

Ini agak menarik kerana walaupun paparan OLED mempunyai warna yang paling cantik, sudut penglihatan terluas dan sela-masa serendah 0.1ms, salah satu sebab paparan OLED masih belum digunakan di dalam paparan komputer ialah isu burn-in, dimana paparan OLED akan hadir dengan kesan bekas imej jika sesuatu imej kekal pada skrin untuk satu jangka masa yang lama, dan kebanyakan paparan komputer akan hanya menunjukkan satu skrin sahaja untuk jangka-masa yang lama.

Apa-apa pun, ia adalah cukup menarik jika pihak JOLED akan hadir dengan skrin OLED ini untuk paparan komputer, kerana ia pastinya akan ditunggu oleh ramai penggemar permainan komputer.


TIPS & ULASAN