Cari @ Amanz

Spotify ialah perkhidmatan penstriman muzik yang mempunyai jumlah pengguna tertinggi di dunia. Ia memudahkan pengguna mendengar muzik kegemaran tanpa perlu membawa cakera padat bersama mereka. Kami secara peribadi tidak lagi mendengar radio selepas mula melanggan Spotify. Sempena perayaan hari Krismas semalam, pasti ramai yang mendengar lagu perayaan ketika melayan saudara mara.

Kerana perayaan Krismas juga, rekod lagu yang paling banyak distrim dalam masa sehari kini berpindah tangan. Ia kini dipegang oleh lagu All I Want For Christmas is You dendangan Mariah Carey dengan 10,819,009 pestriman. Ia memintas rekod yang dipegang oleh lagu Sad dendangan mendiang XXXTentacion yang mencatatkan 10,415,088 penstriman.

Bagi pembaca Amanz yang berminat dengan senarai lengkap lagu, penyanyi dan album yang paling banyak distrim sepanjang 2018, anda boleh membacanya menerusi laporan yang kami terbitkan sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd