Cari @ Amanz

Sistem operasi Symbian pernah suatu ketika dahulu adalah yang paling popular di dunia dengan pegangan 73% pada tahun 2006. Sejurus sebelum pembangunan dihentikan pada tahun 2012, angka ini menjunam ke hanya sekitar 4.4% sahaja. Tempat Symbian kini digantikan oleh Android yang digunakan pada lebih 85% peranti di pasaran. Sungguhpun begitu masih terdapat sebilangan kecil pembangun yang terus menyokong Symbian dalam bentuk custom ROM.

Delight ialah custom ROM berasaskan Symbian Belle yang dibangunkan oleh SIStore sejak 2014. Sempena Hari Krismas dua hari yang lalu, mereka mengeluarkan kemas kini Delight 1,7 untuk pengguna peranti Nokia 808 PureView, N8, E7 dan C7. Kesemua peranti ini menerima penambahbaikan pada sokongan aplikasi, antaramuka, sambungan WiFi, sijil SSL, peningkatan mod kamera dan pelbagai lagi.

Kami tidak tahu berapa ramaikah pembaca Amanz yang masih mempunyai empat peranti klasik ini. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Delight 1.7, anda boleh memuat turun secara percuma menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd