Google Dilaporkan Mungkin Mengubah “Messages” Daripada Dibawah Android.com Ke Google.com

Google Dilaporkan Mungkin Mengubah “Messages” Daripada Dibawah Android.com Ke Google.com

Diterbitkan pada Dis 27, 2018 oleh .

Google sebelum ini sedia memperkenalkan perkhidmatan permesejan mereka tersendiri dinamakan Android Messages. Melaluinya, ia mengambil kelebihan teknologi RCS yang terbaru, selain turut hadir terbina pada pelbagai peranti Android pada masa kini. Google juga turut menyediakan sokongan permesejan melalui desktop untuk perkhidmatan Android Messages ini.

Android Messages

Walaubagaimanapun, Google kini dilihat mungkin mengubah penjenamaannya daripada Android Messages kepada Google Messages. Hal ini dispekulasikan melalui perubahan pada kod sumber Chromium, ia memperlihatkan perubahan perkhidmatan permesejan web daripada messages.android.com kepada messages.google.com.

Google mungkin mengambil langkah ini dalam memperlihatkan yang mana perkhidmatan Messages mereka akan dibuka kepada platform lain dan bukan sekadar untuk pengguna Android sahaja.

Sebelum ini sendiri, Google dilihat telah mula mengurangkan penjenamaan Android. Ketika pelancaran Pixel 3, Google tidak menyebut langsung mengenai Android, selain telah menjenamakan semula Android Pay kepada Google Pay, Android Market kepada Google Play, dan juga Android Wear kepada Wear OS.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan melakukan penjenamaan semula sepenuhnya untuk Messages ini.


TIPS & ULASAN