Apabila kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 diumumkan dahulu, ia hadir dengan dua variasi memori yang berbeza, iaitu 6GB dan 3GB GDDR5. Terkini, melalui pemfailan EEC (Eurasian Economic Commission) yang tertiris baru-baru ini, NVIDIA mungkin akan hadir dengan lebih banyak lagi variasi kad grafik dari itu.
VideoCardz melaporkan bahawa kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 ini akan hadir dengan enam jenis kad grafik yang berbeza. Ini adalah kerana setiap variasi memori kad grafik tersebut akan hadir dengan memori GDDR6 dan GDDR5/X.
Menurun pemfailan GIGABYTE, enam konfigurasi memori yang akan dilancarkan termasuklah:
Model | Jumlah Memori | Jenis Memori |
GV-N2060AORUS X-6GC | 6GB | GDDR6 |
GV-N2060AORUS X-6GD | 6GB | GDDR5/X |
GV-N2060AORUS X-4GC | 4GB | GDDR6 |
GV-N2060AORUS X-4GD | 4GB | GDDR5/X |
GV-N2060AORUS X-3GC | 3GB | GDDR6 |
GV-N2060AORUS X-3GD | 3GB | GDDR5/X |
Ini cukup menarik kerana jika ia benar kad grafik RTX 2060 ini hadir dengan sokongan untuk Ray Tracing dan Deep Learning Super Sampling, terdapat kebarangkalian bahawa NVIDIA akan membawa kad-kad ini ke pasaran grafik yang lebih mampu-milik berbanding dengan kad-kad grafik seperti RTX 2080 Ti, RTX 2080 dan RTX 2070.