Cari @ Amanz

Samsung ialah syarikat gergasi yang bukan sahaja menghasilkan telefon pintar malah turut menghasilkan peralatan rumah, televisyen, sistem audio, kapal kargo dan kereta kebal. Tahun hadapan mungkin mereka akan menjejakkan kasi ke dalam penghasilan dron pula berdasarkan paten yang telah difailkan oleh mereka.

Paten untuk dron yang boleh dilipat ini telah diterbitkan oleh pejabat paten USPTO minggu lalu. Sekilas pandang dron dengan empat pasang kipas ini mirip dron DJI Mavic Air yang turut mempunyai kemampuan boleh dilipat untuk memudahkannya disimpan. Sebelum ini Samsung telah mempatenkan dron yang boleh dikawal dengan pergerakan mata dan juga dron yang berbentuk UFO.

Sejak 2015 mereka mempunyai bahagian perniagaan khas yang membangunkan dron, robot dan sistem swapandu tetapi sehingga kini masih belum melancarkan produk. Mungkin tahun 2019 ialah tahun ia akan akhirnya menjadi realiti

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd