HMD Global telah pun memperkenalkan kemaskini perisian Android 9.0 Pie untuk beberapa telefon pintar mereka sebelum ini, dan hari ini, mereka secara rasminya turut mengumumkan penawaran kemaskini Android 9.0 Pie untuk pengguna Nokia 5.1 Plus.
Pengenalan ini semestinya mengembirakan ramai pengguna, termasuk pengguna tempatan – apatah lagi ia baru sahaja memasuki pasaran tempatan pada bulan lepas.
Melalui kemaskini Android 9.0 Pie ini, ia menawarkan sokongan kemaskini pada antaramuka, integrasi pembelajaran mesin untuk pengoptimasian peranti, integrasi Google Assistant dengan lebih baik, serta sejumlah ciri-ciri baru yang lain.
Bagi anda yang menggunakan Nokia 5.1 Plus, mungkin boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan menikmati ciri baru yang dibawakan ini.
Hope you left some space for dessert! We are now starting @Android 9 rollout for #Nokia5Plus 🍰 #nokiamobile pic.twitter.com/h0PJu9UB7s
— Juho Sarvikas (@sarvikas) December 27, 2018