Pelbagai laporan sejak beberapa bulan lepas mengatakan Apple iPhone XR tidak begitu laku dan sebagainya. Namun, kini melalui bancian yang dilakukan oleh firma Consumer Intelligence Research Partners (CIRP) di Amerika Syarikat seperti memperlihatkan petanda yang sedikit berbeza.
Menurut bancian yang dikeluarkan, ia dikatakan sejak iPhone XR dipasarkan, ia lebih menarik pengguna Android berbanding tahun sebelumnya.
Bancian berkenaan memperlihatkan sekitar 16% daripada responden menaik-taraf dari Android ke iPhone dalam tempoh 30 hari sejak iPhone XR dilancarkan. Ia memperlihatkan peningkatan berbanding tahun lepas yang mana sekadar 12% sejak iPhone 8 dipasarkan, atau 11% sejak iPhone X dipasarkan.
Angka ini adalah berdasarkan bancian yang dilakukan dikalangan sejumlah pengguna di Amerika Syarikat.
Apple iPhone XR sendiri menawarkan pelbagai ciri-ciri premium, tetapi dipasarkan pada harga sedikit rendah berbanding iPhone XS. Ia turut hadir dengan pelbagai warna pilihan berbeza berbanding iPhone sebelum ini. Malah, Apple juga aktif memasarkan peranti ini berbanding peranti iPhone XS atau XS Max pada tahun ini.
Laporan bancian ini juga dilihat selari dengan perkongsian pihak Apple sebelum ini, mengatakan iPhone XR adalah yang paling laku sebelum ini.
Bagi anda, adakah anda rasa perkara sama juga berlaku di Malaysia? Atau ia hanya dibeberapa negara sahaja yang mana iPhone XR ditawarkan pada harga kompetitif?