Pada awal bulan ini, kami telah melaporkan yang mana Instagram sedang menguji bentuk interaksi baru pada aplikasi mereka – dimana pengguna boleh melihat perkongsian rakan-rakan mereka yang seterusnya dengan tap ke kiri atau kanan, dan bukannya dengan menatal kebawah seperti kebiasaan.
Kemaskini : Instagram mengatakan pepijat telah mengaktifkan ciri yang diuji ini secara meluas. Kini, mereka mengembalikan kembali kepada bentuk paparan menatal kebawah.
Kaedah baru ini membolehkan anda terus melihat pelbagai perkongsian baru dengan tap ke kiri atau ke kanan, selain terus memaparkan akses kepada Instagram Stories pada bahagian atas yang tidak hilang daripada perhatian pengguna. Langkah ini juga mungkin diambil pihak Instagram kerana perkongsian berbentuk Stories kini semakin popular, dan perkongsian biasa semakin berkurangan dari hari ke hari.
Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai bentuk melayari baru pada Instagram ini, atau lebih menyukai kaedah menatal kebawah seperti biasa?