Perbandingan Pelan Internet Jalur-Lebar 100Mbps Daripada TM Unifi, Maxis, TIME dan Celcom

Perbandingan Pelan Internet Jalur-Lebar 100Mbps Daripada TM Unifi, Maxis, TIME dan Celcom

Diterbitkan pada Dis 28, 2018 oleh .

Tahun ini menyaksikan harga langganan perkhidmatan internet tempatan dikemaskini, sekaligus pelbagai penyedia perkhidmatan menurunkan harga langganan mereka – sekaligus membolehkan para pengguna untuk melanggan pakej 100Mbps pada harga kurang RM130 sebulan. Terdapat beberapa penyedia yang menawarkan pelan 100Mbps pada harga kompetitif, termasuk daripada Telekom Malaysia, TIME, Maxis dan juga Celcom.

TM Unifi 100Mbps – RM129 Sebulan

Unifi 100Mbps

Telekom Malaysia sedia menawarkan pakej 100Mbps sejak sebelum ini. Walaubagaimanapun, pada tahun ini mereka melakukan sedikit perubahan. Untuk pelanggan 100Mbps sedia ada, anda akan ditawarkan naik-taraf kepada kelajuan mencapai 800Mbps, sementara pengguna baru boleh melanggan pakej 100Mbps pada harga RM129 sebulan. Pengguna sedia ada juga turut boleh turun-taraf pakej mereka dengan memperbaharui kontrak selama 24 bulan.

Untuk pakej ini, ia hadir dengan penawaran kelajuan muat-turun sehingga 100Mbps, selain muat-naik sehingga 50Mbps. Pengguna turut disediakan dengan minit panggilan percuma tempatan selama 600minit, selain akses kepada kandungan video melalui Unifi TV.

Semak : Kawasan Liputan Unifi

Langgan : Unifi 100Mbps


Maxis Home Fibre 100Mbps – RM129 Sebulan

Maxis 100Mbps

Maxis Home Fibre turut membawakan penawaran lebih kurang sama seperti Telekom Malaysia, tetapi dengan sedikit perbezaan pada penawaran panggilan suara dan juga kandungan video.

Maxis Home Fibre 100Mbps menawarkan pakej internet dengan akses kelajuan muat-turun mencapai 100Mbps, selain muat-naik mencapai 50Mbps. Ia menawarkan sokongan panggilan suara tanpa had – berbeza dengan Unifi 100Mbps yang mengehadkan kepada 600 minit. Tetapi, Maxis tidak menawarkan sebarang langganan kandungan video – berbeza dengan Unifi yang menawarkan Unifi TV.

Kawasan liputan Maxis Home Fibre adalah lebih kurang sama seperti Unifi, kerana mereka menggunakan rangkaian yang lebih kurang sama.

Semak : Kawasan Liputan Maxis Home Fibre

Langgan : Maxis Home Fibre


TIME Fibre 100Mbps – RM99 Sebulan

TIME FIBRE 100Mbps

Sering menerajui penawaran perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di Malaysia, TIME menawarkan pakej 100Mbps mereka pada harga langganan RM99 sebulan.

Berbeza dengan penawaran TM dan Maxis, pihak TIME menawarkan kelajuan muat-turun dan muat-naik yang selari, iaitu sehingga 100Mbps.

Walaubagaimanapun, pakej asas TIME ini tidak menyertakan penawaran panggilan suara percuma ataupun kandungan video seperti Unifi TV. Apa pun, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai ramai berkenaan TIME adalah kerana kawasan liputannya yang terhad dan lebih memfokuskan bangunan tinggi.

Semak : Kawasan Liputan TIME Fibre

Langgan : TIME Fibre 100Mbps


Celcom Home Fibre 100Mbps – RM120 Sebulan

Celcom Home Fibre 100Mbps

Celcom turut tidak ketinggalan dalam menawarkan pakej jalur-lebar mereka tersendiri, iaitu Celcom Home Fibre. Walaubagaimanapun, penawaran pihak Celcom ini hanya terhad di Sabah sahaja buat masa ini, dan dijangka diperluaskan ke Sarawak tidak lama lagi.

Celcom Home Fibre 100Mbps hadir dengan penawaran kelajuan muat-turun dan muat-naik selari pada kadar mencapai 100Mbps. Walaubagaimanapun, seperti TIME, tiada sebarang minit panggilan percuma atau kandungan video yang disediakan oleh pihak Celcom.

Semak : Kawasan Liputan Celcom home Fibre

Langgan : Celcom Home Fibre


Adakah Anda Memerlukan Talian Pada Kelajuan 100Mbps?

Salah satu persoalan yang mungkin anda perlu tanyakan sebelum melanggan pakej 100Mbps ini adalah adakah anda memerlukan kelajuan seumpamanya – atau memadai dengan pakej berkelajuan lebih rendah. Sekiranya bilangan pengguna yang akan berkongsi rangkaian berkenaan adalah rendah, dan anda tidak menggunakan internet dengan aktif untuk penstriman, muat-naik video dan sebagainya, mungkin talian 30Mbps memadai.

Dua penyedia popular menawarkan pakej 30Mbps. Telekom Malaysia menawarkan pakej 30Mbps pada harga langganan RM79 sebulan tetapi dengan kuota 60GB. Maxis pula menawarkan pakej sama pada harga RM89 sebulan, tetapi tanpa kuota.


TIPS & ULASAN