Google Menambah Sokongan Cabaran Bulanan Pada Google Fit

Google Menambah Sokongan Cabaran Bulanan Pada Google Fit

Diterbitkan pada Dis 28, 2018 oleh .

Pada bulan Ogos lepas, Google telah mengemaskini hampir keseluruhan aplikasi Google Fit. Ia hadir dengan antaramuka dan rekaan Material Design baharu serta mengandungi ciri-ciri menarik yang memberi mata kepada pengguna jika pengguna capai sasaran kesihatan mereka.

Kini, Google dilihat menginginkan pengguna mereka menjadi lebih sihat. Ini kerana, dalam kemaskini terbaru Google Fit – Google menambah sokongan cabaran bulanan. Google dibantu oleh American Heart Association (AHA) untuk mengukur kesihatan pengguna melalui mata  ‘Move Minutes‘ dan ‘Heart Point‘.

Cabaran  bulanan ini fokus kepada ‘Heart Point‘, lebih banyak pergerakan dilakukan lebih banyak mata diterima. Contoh, berjalan akan menerima 1 mata, tetapi dengan berlari 2 mata akan diterima. Menurut American Heart Association (AHA) dan World Health Organization (WHO) dengan 150 mata pengguna akan mengurangkan risiko penyakit jantung, boleh meningkatkan masa tidur dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Cabaran ini hanya akan bermula pada 1 Januari 2019 kelak, tetapi tidak pasti jika pengguna di Malaysia boleh sertainya. Jika berminat, boleh semak aplikasi Google Fit untuk notifikasi pendaftaran.


TIPS & ULASAN