Cari @ Amanz

Indonesia, yang dikenali untuk undang-undang pornografi yang sangat ketat telah menghalang akses ke laman web Tumblr awal tahun ini kerana laman web tersebut mempunyai kandungan pornografi yang tidak disekat.

Baru-baru ini, Tumblr telah membuang semua kandungan pornografi di laman tersebut, dan telah membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan membenarkan sebarang kandungan pornografi, termasuklah imej, video ataupun GIF untuk ditunjukkan di platform tersebut.

Dengan penukaran polisi Tumblr, Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia (Kominfo) juga telah mengumumkan bahawa laman web tersebut kini diangkat sekatannya di Indonesia.

Tumblr bukanlah laman web pertama yang disekat aksesnya di Indonesia. Reddit dan Vimeo juga tidak boleh diakses di Indonesia kerana keengganan mereka menyekat kandungan pornografi di laman-laman web mereka sehingga kini.

Isu kandungan pornografi yang sama ini menyebabkan aplikasi Tumblr turut diharamkan dari laman aplikasi Apple App Store baru-baru ini, yang berkemungkinan besar menyebabkan Tumblr mengambil langkah untuk mengharamkan kandungan pornografi tersebut,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd