Xiaomi Poco F2 Kini Disenaraikan Pada Laman Penanda Aras Geekbench – Bakal Hadir Tidak Lama Lagi?

Xiaomi Poco F2 Kini Disenaraikan Pada Laman Penanda Aras Geekbench – Bakal Hadir Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Dis 28, 2018 oleh .

Geekbench merupakan salah satu penanda aras yang digunakan untuk menguji prestasi CPU pada peranti mudah-alih. Terkini, ia dilihat laman berkenaan turut menyenaraikan telefon pintar Pocophone akan datang, iaitu Poco F2.

Pocophone F1 Android Pie

Daripada apa yang disenaraikan, ia memperlihatkan Poco F2 menggunakan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie. Geekbench turut memperlihatkan Poco F2 menerima skor 2321 untuk cip satu teras, sementara 7564 untuk multi-teras.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Poco F2 akan diperkenalkan. Memandangkan ujian penanda aras ini memperlihatkan penggunaan pemprosesan seperti pada Poco F1 sebelum ini, berkemungkinan kita akan melihat penambah-baikkan pada arena lain dilakukan melalui Poco F2 ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Poco F2 kelak.


TIPS & ULASAN