Carian
Huawei Y7 (2019) Tertiris Memperlihatkan Dwi-Kamera Belakang Dan Bateri 4000mAh
December 28, 2018 Aman

Huawei mempunyai beberapa siri peranti dibawah mereka, selain daripada siri popular Huawei P dan juga Mate. Salah satunya adalah siri Y. Sebelum ini kita telah melihat pengenalan Huawei Y Max yang terbaru, dan kini pengeluar dari China berkenaan turut dalam persiapan memperkenalkan Huawei Y7 (2019).

Huawei Y7 2019

Huawei Y7 (2019) berkemungkinan diperkenalkan secaera rasminya pada suku pertama 2019 kelak – jikalau mengikut latar pengenalan versi 2018 sekitar Mac 2018 lepas.

Melalui info tertiris yang dikongsikan WinFuture, ia memperlihatkan Huawei Y7 (2019) kelak akan hadir dengan skrin bertakuk kecil 6.2-inci, dijana cip Snapdragon 450, selain menawarkan bateri berkapasiti 4000mAh.

Telefon pintar ini dijangka hadir menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 13-megapixel + 2-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Komen