Netflix Menghentikan Pilihan Langganan Melalui Pembelian Dalam-Aplikasi Untuk iPhone Dan iPad

Netflix Menghentikan Pilihan Langganan Melalui Pembelian Dalam-Aplikasi Untuk iPhone Dan iPad

Diterbitkan pada Dis 29, 2018 oleh .

Netflix sebelum ini menawarkan kemudahan untuk para pengguna membuat pembayaran langganan perkhidmatan penstriman video berkenaan melalui pilihan pembelian dalam-aplikasi untuk pengguna iPhone dan iPad. Setelah menawarkan ia untuk sekian lama, kini Netflix dilihat telah mula menghentikan pilihan berkenaan untuk pengguna iPhone dan iPad.

Netflix Premium

Dengan perubahan ini, ia akan memerlukan pengguna untuk membuat langganan melalui web, sebelum log masuk kembali ke aplikasi Netflix berkenaan. Perubahan ini hanya tertakluk kepada pengguna baru sahaja buat masa ini.

Dengan langkah ini, Netflix boleh melepasi keperluan membayar komisen untuk pihak Apple, selain pada masa yang sama membolehkan Netflix menerima bayaran penuh untuk langganan berkenaan.

Dengan langkah Netflix ini, kita mungkin melihat beberapa perkhidmatan lain turut melakukan perkara sama. Sebelum ini, Epic Games turut melakukan perkara sama untuk Fortnite di Android dan PC.


TIPS & ULASAN