Cari @ Amanz

Sekolah Di China Memantau Lokasi Pelajar Menggunakan Pakaian Pintar – Elak Pelajar Ponteng Sekolah

Oleh Aman

Link Copied!

Kita sedia maklum yang mana terdapat pelbagai pemantauan menggunakan sistem pintar dilakukan di China. Terkini, mengikut laporan terbaru, ia diliha sekitar 10 sekolah di China sedang menguji sebuah pakaian pintar untuk pelajar yang memantau lokasi semasa pelajar berkenaan.

Pakaian pintar berkenaan hadir dengan dua cip terbina yang mengambil data kehadiran pelajar. Ia akan mendaftar data apabila seseorang pelajar memasuki sekolah dan keluar daripadanya – serta pada masa yang sama menghantar data berkenaan kepada cikgu dan juga ibu bapa.

Pakaian Pintar

Sekiranya seseorang pelajar keluar daripada kawasan sekolah, ia akan memasang penggera secara automatik – sekaligus mengelak pelajar daripada ponteng sekolah dan sebagainya.

Menariknya, setiap pakaian berkenaan juga didaftarkan dengan wajah pelajar berkenaan – dimana ia akan turut digunakan bersama pada sistem sekolah untuk mengelak pelajar berbeza menggunakan pakaian pintar berkenaan.

Pakaian pintar ini dikatakan boleh bertahan sekitar 500 basuhan, dan telah digunakan sejak 2016 yang lepas pada peringkat ujian.

Walaupun ia mungkin menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan pengguna, tetapi mengikut data yang dihimpunkan, kehadiran pelajar ke sekolah meningkat melalui penggunaannya.


Komen ()