Cari @ Amanz

Anda Kini Boleh Menyemak Ringkasan Penggunaan Grab Sepanjang 2018

Oleh Aman

Link Copied!

Grab merupakan salah satu aplikasi yang agak popular di Malaysia – dimana ia membolehkan anda menggunakannya untuk membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi, selain turut boleh digunakan untuk membuat tempahan makanan. Grab sedia beroperasi disejumlah bandar-bandar utama seluruh Malaysia.

Terkini, dengan hadirnya penghujung 2018, pihak Grab turut menyediakan ringkasan penggunaan perkhidmatan berkenaan oleh setiap pengguna. Pengguna boleh membuka aplikasi Grab, dan menyemak penggunaan dan ringkasan anda melaluinya.

Grab 2018

Ringkasan ini menyertakan data seperti kekerapan anda menggunakan Grab sebagai pengangkutan, jumlah perjalanan yang telah diambil, makanan yang paling kerap anda tempah, dan beberapa yang lain. Tiada sebarang data berkaitan wang yang telah dibelanjakan yang disertakan oleh Grab – yang mana mungkin turut menjadi minat ramai pengguna untuk mengetahuinya.

Untuk mengakses ringkasan 2018 ini, anda hanya perlu membuka aplikasi Grab utama, dan melihat pada “kad” pertama yang dipaparkan pada halaman utama aplikasi berkenaan.


Komen ()