Cari @ Amanz

Celcom Menawarkan Internet Tanpa Had Percuma Bersempena Tahun Baru 2019

Oleh Aman

Link Copied!

Celcom kini telah pun mengumumkan penawaran internet tanpa had percuma pada 1 Januari 2019 kelak, bersempena dengan tahun baru. Walaubagaimanapun, ia perlulah ditebus oleh pengguna sebelum 31 Disember 2018, 11:59 malam.

Pada masa yang sama, pemberian internet tanpa had percuma ini hanya tertakluk untuk penggunaan antara 1 pagi hingga 7 pagi pada 1 Januari 2019 kelak, dan perlu digunakan pada rangkaian 4G LTE.

Celcom Internet Percuma 2019

Bagi anda yang menggunakan rangkaian Celcom – tidak kira prabayar atau pascabayar, anda boleh membuat tebusan internet percuma ini melalui aplikasi Celcom Life atau menu USSD.

Sekiranya menggunakan aplikasi Celcom Life, anda perlu ke “My Notification” dan memilih “Free Internet On Us”. Untuk menu USSD pula, dail 1181#, dan seterusnya memilih “Free Internet On Us”.

Sekiranya berjaya, anda akan menerima SMS, dan anda boleh menggunakannya antara 1 pagi hingga 7 pagi, 1 Januari 2019 kelak.


Komen ()