Microsoft Memfailkan Paten Penggunaan USB-C Magnetik – Memudahkan Sambungan Kabel Ke Peranti

Microsoft Memfailkan Paten Penggunaan USB-C Magnetik – Memudahkan Sambungan Kabel Ke Peranti

Diterbitkan pada Dis 30, 2018 oleh .

Syarikat gergasi sering memfailkan paten bertujuan untuk digunakan pada produk akan datang, atau sekadar melindungi inovasi mereka. Terkini, Microsoft dilihat telah memfailkan paten untuk penggunaan sistem USB-C bermagnetik pada peranti seperti Surface.

Untuk makluman, pada masa kini, Surface Pro 6 masih menggunakan pengecas tersendiri. Walaubagaimanapun, memandangkan Surface Go telah mula menggunakan USB-C, kita mungkin melihat perubahan pada panel pengecasan Surface Pro pada tahun hadapan.

Apa pun, berbalik pada paten ini, ia bukan sekadar USB-C biasa, tetapi turut dilengkapi sokongan magnetik.

Magnetik USB-C

Melaluinya, Microsoft memperlihatkan integrasi penggunaan dua jenis kabel. Apabila kabel USB-C tanpa magnetik disambungkan – ia mengaktifkan sebuah sistem selak khusus untuk menghubungkan kabel berkenaan. Sebaliknya, sekiranya kabel dengan sokongan magnetik digunakan, ia tidak mengaktifkan sistem selak berkenaan, sebaliknya menggunakan sokongan magnetik untuk memudahkan pengguna menghubungkan dan menanggalkan ia.

Dengan sistem magnetik ini juga, Microsoft dilihat ingin memudahkan pengguna menghubung dan menanggalkan sesuatu kabel tanpa keperluan daya yang tinggi seperti hari ini. Selain untuk USB-C, Microsoft juga dilihat ingin menggunakan sistem lebih kurang sama pada penyambung lain pada peranti.

Apa pun, seperti biasa, buat masa ini ia hanya sekadar pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan hadir pada peranti keluaran Microsoft.


TIPS & ULASAN