Pengguna Samsung Galaxy S9 Melaporkan Masalah Bateri Pantas Habis Selepas Kemaskini Android Pie

Pengguna Samsung Galaxy S9 Melaporkan Masalah Bateri Pantas Habis Selepas Kemaskini Android Pie

Diterbitkan pada Dis 31, 2018 oleh .

Kemaskini ke Android Pie mula diterima pengguna Samsung Galaxy S9 dan S9+ minggu lalu. Pengguna global dijangka menerimanya pada bulan Januari ini secara berperingkat. Menurut laporan Sammobile kini terdapat sebilangan kecil pengguna yang melaporkan masalah bateri pantas habis selepas peranti dikemaskini.

Masalah setakat ini terhad kepada pengguna dengan peranti yang menggunakan cip Exynos. Bateri turun mendadak sebanyak 5% dalam masa beberapa saat sahaja. Namum begitu terdapat juga pengguna yang mengatakan hayat bateri kini lebih baik pasca kemaskini. Antara langkah penyelesaian yang yang boleh dilakukan ialah melakukan tetapan semula pada peranti sejurus selepas kemaskini dilakukan.


TIPS & ULASAN