Cari @ Amanz

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Pembesar Suara Pintar Kedua Mereka

Link Copied!

Pembesar suara pintar ialah aksesori yang mula mendapat perhatian sejak 2017. Google, Apple, Amazon dan Huawei adalah antara syarikat yang telahpun menjual pembesar suara pintar mereka yang dikuasai pembantu maya. Samsung memperlihatkan Galaxy Home ketika pelancaran Galaxy Note 9 tempoh hari tetapi masih belum dipasarkan.

Terkini menurut laporan Sammobile, Samsung sedang membangunkan pembesar suara pintar kedua mereka. Versi kedua ini dipercayai adalah versi mini bagi bersaing dengan Amazon Echo Dot dan Google Home Mini. Seperti Galaxy Home, ia turut akan dikuasai oleh pembantu maya Bixby. Samsung diramalkan akan melancarkan kedua-dua pembesar suara pintar ini di acara CES yang berlangsung minggu hadapan.


Komen ()