Carian
Nokia 9 “PureView” Diperlihatkan – Hadir Dengan Sehingga 5 Kamera Belakang
December 31, 2018 Aman

Nokia 9 “PureView” telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan hari ini, @evleaks berkongsi gambar untuk telefon pintar berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, @evleaks sedia terkenal dengan perkongsian pelbagai gambar peranti sebelum ia dilancarkan.

Nokia 9 “PureView” ini dijangka dilancarkan pada awal tahun 2019 kelak. Telefon pintar ini bakal membawakan lima kamera belakang, selain mana dilihat tidak menyertakan sebarang takuk pada rekaan skrinnya.

Nokia 9 PureView

Gambar yang tertiris ini juga seperti memberikan petanda ia mungkin menggunakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, selain dijana menggunakan sistem operasi Android One.

Dengan ketirisan ini, semestinya kini ramai yang akan nantikan apakah spesifikasi yang bakal dibawakan oleh peranti mercu Nokia ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai telefon pintar ini.

Komen