Cari @ Amanz

Tahukah anda filem interaktif sudah wujud sejak 1967? Filem interaktif pertama yang dipertontonkan kepada orang ramai ialah Kinoautomat  yang dihasilkan Radúz Činčera untuk Expo ’67 di Montreal. Genre menarik ini kemudian kembali mendapat perhatian umum dengan pengenalan cakera Laserdisc dan permainan video seperti Dragon’s Lair.

Beberapa hari yang lalu filem interaktif Black Mirror Bandersnatch ditayangkan di Netflix dan menjadi tular di media sosial. Tetapi tahukah anda filem interaktif seperti ini juga sudahpun dihasilkan di Malaysia? Jika anda berminat Sorok boleh anda tonton sekarang. Ia adalah sebuah filem seram misteri yang berdasarkan lagu tradisi Melayu popular Nenek Si Bongkok Tiga.

Ia diarahkan oleh Sahira Jeffry berdasarkan skrip nukilan Syukri Rahim. Ia diterbitkan pula oleh Altum Locus dengan kerjasama Fakulti Seni Sinematik Universiti Multimedia. Bagi yang ingin menonton dan mengawal protagonis Sorok, sila ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd