Cari @ Amanz

China boleh dikatakan antara negara yang aktif menggunakan teknologi dalam membuat sejumlah kawalan, dan mengelak salah laku. Terkini, ia dilaporkan China ingin mempercepatkan penggunaan kunci pintar berasaskan pengecaman wajah pada projek perumahan rakyat – sekaligus mengelak salah guna sesuatu rumah di sewa kepada orang yang tidak sepatutnya.

Ia disasarkan sistem pengecaman wajah ini akan meliputi semua projek perumahan rakyat di Beijing menjelang penghujung Jun 2019 kelak. Ia dijangka akan melibatkan lebih 120,000 penduduk di bandar berkenaan.

Selain daripada sekadar untuk memberikan akses kepada pintu rumah, sistem pengecaman wajah ini turut boleh mengecam pengguna berdasarkan kepada umur. Dengan adanya ini, ia membolehkan sistem berkenaan digunakan untuk memantau rakyat berusia dan menetap secara sendirian. Sekiranya seseorang warga tua tidak keluar daripada rumah untuk suatu masa yang ditetapkan – ia akan memberikan notifikasi kepada pihak pengurusan untuk menyemak mereka.

Penggunaan sistem ini dijangka bukan sahaja mengelak sesuatu rumah disewakan kepada pihak tidak sepatutnya – tetapi turut memastikan sesuatu kemudahan yang disediakan dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd